Andai yayang tahu..Apabila baby jatuh cinta,yayang itu tidak semestinya punya segalanya dari baby tetapi yayang adalah segalanya di hati baby.
Andai yayang tahu..Apabila baby mengalirkan air mata, itu bukan bermakna baby lemah, tetapi baby sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai yayang.
Andai yayang tahu..
Apabila baby marah, memang baby tidak mampu mengawal perasaan baby tapi percayalah, itulah maknanya baby sangat mengambil berat dan menyayangi yayang. tengok kita waktu mula-mula bercinta, kann kita jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang kita pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku. kerana baby sentiasa nak yayang jadi yang terbaik.. maafkan baby banyak yayang terasa dengan baby...
Andai yayang tahu..
Apabila baby banyak bercakap, baby tidak pernah bermaksud untuk membuat yayang rimas atau bosan, tapi baby mahu yayang mengenali baby dengan lebih dekat. baby sangat bahagia disamping yayang, kalau boleh semua baby nak cerita pada yayang..
Andai yayang tahu..Apabila baby kata baby mahu yayang berubah, itu bukan bermakna baby tidak mahu menerima yayang seadanya, tetapi baby mahu yayang jadi lebih baik, bukan untuk diri baby sahaja, tetapi untuk masa depan yayang juga.Walaupun ditakdirkan yayang bukan untuk baby,baby tetap mahu yayang jadi yang terbaik..
Andai yayang tahu..
Apabila baby cemburu dan tidak percayakan pada yayang, bukan bermakna baby tidak sayang..tetapi baby terlalu sayangkan yayang dan kadang-kadang baby anggap yayang anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.sebab yayang sangat suka bermanja dengan baby. Kadang2 baby terlalu risau sekiranya terlalu percaya, dan yayang mungkin akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuan sebagai seorang perempuan sangat kuat. Baby hanya mahukan yang terbaik untuk yayang.
Andai kamu tahu..
Apabila baby merajuk, janganlah yayang kata baby mengada-ngada. baby bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat baby rasa yayang sangat menghargai baby.
Andai yayang tahu..
Apabila baby jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud baby tidak menyintai yayang tetapi baby mahu yayang merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi dengan setiap perbuatan baby yang ikhlas baby buat untuk yayang, Airiza Aidil.
Andai yayang tahu..
Apabila baby kata baby rindu banget sama kamu, serius baby benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, setiap hela nafas ain tak putus kamu dari ingatan baby.. Ya Allah sayangnya baby buat kamu sangat banyak..
Kalaulah yayang tahu..Apabila baby kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, janganlah percaya kata-kata baby kerana baby hanya mahu menguji kamu. Baby mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di mata baby. Walaupun sebenarnya memang yayanglah yang terbaik di hati baby.InsyaAllah buat selamanya. Selagi baby dengan kamu, percayalah, walaupun ada perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai awak tahu, Aidil..Apabila baby menjadi sangat degil, baby bukanlah bermaksud untuk menjadi degil tapi baby hannya mahu tahu sejauh mana yayang mampu bersabar dengan baby. Percayalah yayang, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.sebab andai baby hilang kamu, tak mungkin baby dapat cinta yang seindah cinta kamu untuk baby..love u Aidil..
Andai yayang tahu..
Apabila baby pernah berkata, “tolong tinggalkan saya!”, jauh dilubuk hati baby tidak bermaksud menyuruh yayang pergi selamanya. Baby hanya mahu menenangkan fikiran baby sebentar saja. Apabila baby kembali tenang, percayalah baby pasti akan mencari yayang semula. Itulah tandanya baby benar-benar menyintai kamu. Baby tahu baby susah untuk mengawal perasaan baby kerana baby terlalu emosional. Tapi percayalah sayang, babyla yang paling menyayangi yayang dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri yayang.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan pelbagai perbezaan. Tetapi sekiranya kita saling memahami, kita akan saling melengkapi dan kita akan menjadi sangat sempurna . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi ia mampu membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi peneman kita susah dan senang,dia juga mampu menjadi isteri dan ibu kepada anak2 kamu
No comments:
Post a Comment