Salam. Hai. Ain sekarang nak cerita tentang curang-curang ni. Ain benci orang yang curang sebab ain tak pernah terfikir pun nak buat dan ain tak nak buat pun. Tetapi kenapa long the way nak jumpa Mr.Right tu ramai yang rosak sebab dipertemukan dengan Mr.Wrong tu.
Tetapi ingat tau sahabat ain, yang kena tinggalkan tu, kadang – kadang Allah sahaja mahu kita dipertemukan dengan orang yang salah supaya bila kita jumpa orang yang betul kita akan hargai dia, kita akan lebih bersabar, kita cuba baiki diri kita yang dulu,dan kita sudah jadi orang yang lagi baik dari dulu untuk suami kita akhirnya hubungan kita bahagia dan berkekalan. Dan Allah nak hadiahkan kita orang yang lagi baik dari Dia yang durjana tu sebab yang baik hanya untuk yang baik. Pepatah Allah bagi kita rebut ,petir dan hujan sebab allah nak hadiah kan kita pelangi yang indah J Sebab tu kita patut bersyukur, apabila Allah tunjuk siapa dia sebelum kita dijab kabulkan.
Tetapi persoalan yang sentiasa merunsing dan menyakitkan hati Ain , kenapa manusia-manusia yang beruntung ni, yang diberi peluang dicintai oleh orang lain ni, selalu tak hargai kasih sayang orang yang diberikan. Kenapa mesti korang nak curang ? Bagus sangat ke korang? Kawan Ain , termasuk diri Ain , ditinggalkan oleh orang- orang yang murah macamni. Murah harga diri! Murah kasih sayang , Sebab mudah tergoda dengan perempuan murahan macam tu dan boleh bagi semua orang kasih sayang korang. Murahnyalah korang ni kan. Tak de value lansung
Sekarang, kawan-kawan baik ain semua ade masalah dengan jantan curang macam ni, hey guys korang ingat korang tu perfect sangat ke? Hey carila korang perempuan yang cantik , perempuan yang gedik , perempuan yang boleh ko menyendel dan menyundal sepanjang masa, tapi korang kena ingat perempuan macam tu takkan buat korang bahagia. Percayala. Kalau korang tak suka dari awal bla takpayah nak bercinta dah bertahun baru nak cari alasan berpisah sebab tula sebab nila. selama ni korang boleh plak bertahan an, bila da ada betina - betina yang jalang macam ni boleh plak korang nak kritik-kritik orang then tinggalkan orang yang dah lama bersama korang, teman korang yang penting sekali! PERNAH BAHAGIAKAN KORANG, ajar korang apa itu bahagia, macam mana cara hidup berdua, tak perlulah curang kalau ye pun cari jalan yang baik, selesaikan cara yang baik. korang bayangkan bapak korang buat semua tu kat mak korang. korang bahagia tak? mak korang bahagia tak? .
Once kamu da tinggalkan atau menyakiti orang yang menyintai kamu sepenuh hatinya,
1. kamu takkan dapat pakej yang sama da, selepas itu. sedangkan adik beradik pun membawa pakej yang berbeza dalam hubungan apatah lagi orang yang tiada kaitan. korang kena ingat takde manusia perfect. Entah - entah betina yang korang kejar tu berlakon baik je depan korang .haa.. padan muka.
2. Kamu dapat perempuan yang mempunyai hati yang busuk, sebab dia mampu melihat kesedihan dan bina kebahagiaan atas air mata orang lain.Tidak mustahil dia juga seorang berkelulusan PHD. (penuh hasad dengki) Tak ke perempuan macam ni sangat jahat? sebab hati dia sangat kejam dan dia masih boleh bahagia. perempuan macam ni korang nak buat bini? Tapi yela, kalau tak orang macam korang (curang) yang kutip betina macam ni sapa lagi an.
3. Allah tu Maha adil bila sekali korang buat kat orang korang tahula bila allah yang tetapkan hukuman atas dosa korang yang menyakiti hati orang lain, sedangkan orang yang korang sakitkan tu, sehari dia tahan dan kuat lawan kesedihan dia, Allah akan hadiahkan 40 hari kebahagia kepada mereka. haa..padan muka lagi! booo!
4. korang dapat perempuan yang kurang kasih sayang, sentiasa mencari dan tak cukup kasih sayang sampai terdesak sangat terpaksa rampas dari orang lain, haha perempuan macam ni sama macam beggar (pengemis).
banyak lagi malas da nak cakap .. malas da nak menaip da panjang sangat ain bebel!
Kenapa ain cakap perempuan lagi setia berbanding lelaki.
Sebab bagi ain perempuan diciptakan untuk lelaki macam hawa diciptakan untuk Adam! maka kalau kita diciptakan untuk seseorang itu, kita mesti akan cuba jadi yang terbaik untuk nya, macam kita hamba dicipta untuk mengabdikan diri kepada Allah,kita sentiasa mahu jadi yang terbaik kerana itulah perempuan ni, (perempuan ye, bukan betina) belajar untuk terima siapa diri sidia seadanya.J
Tetapi berbeza plak dengan lelaki ni. huh.. lelaki plak dia rasa perempuan diciptakan untuk dia so bila untuk diri sendiri, mula sentiasa mencari yang terbaik untuk diri sendiri. macam bila kita nak beli produk atau barang untuk diri kita kita mesti sentiasa mencari nak yang terbaik. Tetapi korang kena ingat takde yang sempurna dalam hidup ini. Korang tu sempurna ke??
tuje yang ain nak sampaikan dan ini adalah my opinion okay!kalau ada yang tak puas hati ada yang terasa sorry to say lah kepada yang suka kebas hak orang dan kepada yang pencurang.. sekian terima kasih. Wasalam. Bye!
tuje yang ain nak sampaikan dan ini adalah my opinion okay!kalau ada yang tak puas hati ada yang terasa sorry to say lah kepada yang suka kebas hak orang dan kepada yang pencurang.. sekian terima kasih. Wasalam. Bye!