shrek..

haha baru lepas makan maggi.. erm musim exam pun nak makan maggi kan?? hakhak
tak pe da lama kowt ain tinggalkan maggi nak dekat sebulan kowt,,, lagipun orang cakap maggi effect dia 20 tahun akan datang.. hehe tak pe bukan sekarang.. exam pun esok jer haha tak kasi impak apa2 pun.. huhu punyerla nak jimat duit kan.. beli bila perlu je.. sedih jugak rasanya bila nak cerita apa yang ain dan aidil lalui.. kasihan kan pada kami??
but its never-mind..hahha its not enough to make aidil go away from me.. right my dear??
but i don know until when he will stick with me..huhu
haha.. ain nak try speaking sebenanya.. tapi ain malu tak de confident.. yerla ain bukan pandai english pun tunggang dan langgang gak la di buat ain....


owh sebenanrnya ain nak cerita pasal shrek..
korang semua mesti da tengok shrek 3 kan?? ain da tengok banyak kali da.. tapi tiba hari ni nak tengok lagi..sebab ain suka sangat cerita cartoon.. cerita shrek 3 ni best, tapi tak macam shrek lain.. yang ni agak bosan sedikit tapi bagi ain ia sangat bagi satu tauladan yang baik... part yang nak ain sentuh part...
 sebelum shrek tanda tangan perjanjian dengan rumpelstilskin tu..
itu menyebabkan ain tertanya-tanya.. memang lelaki macam tu ke??
hari- hari bertahun dah ada anak 3.. tiba-tibaru dia rasa bosan dengan life dia.. sebab ada anak yang sama atau isteri yang sama?? padahal hari-hari  dia cakap kat isteri dia..
 good morning darling.. and morning kiss..
hari dengar gelak tawa anak dan isteri..
hari-hari dapat dengar morning daddy..
dapat seorang isteri yang sangat mencintai dia.. sangat menyayangi dia.. tak pernah terdetik dalam hati seorang diri penat dengan tanggungjawab dia.. penat dengan hidup dia.. tapi apa pula pihak seorang suami??
 kenapa dia rasa bosan lagi kehidupan dia?? kenapa dia sanggup tanda tangan semata-mata untuk sehari tanpa isterinya??
zaman sekarang ramai lelaki atau lagi manis di gelar ramai seorang suami yang sanggup tinggalkan isteri dan anak- anak dia untuk cari hidup yang baru.. ain selalu tertanya-tanya adakah mereka-mereka ini ada perasaan??
mesti sampai tiba satu sangat ..mungkinkah mereka akan keluarkan kata-kata
back the world make sense
its mean .. waktu dia dengan dengan isteri dia.. adal dunia yang tak masuk akal??


tapi ending cerita.. kenapa dia perlu cari dan cuba dapatkan isteri dan anak-anak dia .. kenapa mereka senang untuk buang bila tak nak .. dan bila sudah hilang baru mereka nak meratap nak sedih.. tapi itulah fitrah manusia..kla aidil dah call dua kali.. ain nak tidur,, night ..luv u..

Buat mak dan ayah..

Assalammualaikum ..
ugh.. ain sebenarnya tak de mood nak menaip blog .. hari ni.. ain kecewa sangat dengan exam ain.. mesti mak kecewa ngan ain dan yang pastinya akan paling kecewa.. ayah..
ayah sentiasa nak anak dia dapat dekan.. tapi ain.. huh.. maaf ayah.. akak tak berapa minat belajar...
tak pe InsyaAllah dengan berkat mak dan ayah akan da sampai level ni pun.. takkan akan sia-siakan lagi.. 
macam sem lepas.. maafkan akak ..mak ayah.. sem lepas semua yang berlaku terlalu menyakitkan akak.. sakit sangat.. sampai akak sudah tak mampu  tersenyum seindah dulu lagi..seperti akak yang tak secantik dulu lagi.. dan akan tak tahu akak akan dapat lepaskan perasaan sakit ini..
mungkinkah akak ada peluang lagi .. bahagia seperti dulu??
tanpa dalam keraguan..
tanpa dendam..
tanpa ketakutan..
dan.. tanpa hilang kepercayaan dalam hidup..
dan terkadang ia sangat menyeksakan..

....

"Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya.."
Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..
Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga 'pantang' disebut tentang bidadari di depan wanita.
Tapi..Dalam Al-Qur'an kan bidadari disebut tanpa berselindung?
Ohoho...mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur'an.
Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita 'bermusuh' dengan bidadari? Tak ada cara nak 'mendamaikan' dua golongan ni ke?
Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.
"Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari.. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia.." Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.
Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagaiketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.
Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.
Hebat kan ? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?
Tidak juga.
Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?
Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.
Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya.
Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.
Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud:
"sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka".
Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan..
Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).
Tentang pengertian kalimah atraaba pula, nantilah bila ada masa yang sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..for guys only.
Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan?
Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'.

owh my diary...

owh my diary...tau tak...hari ini,Ain hari ini tak boleh study.. ain tak tahula.. banyak perasaan yang bermain dalam hati ain..  ain tak suka perasaan ini.. sebab perasaan ni la yang selalu buat ain jatuh.. buat ain rasa macam. ain sangat down dengan perangai dan sikap ain sendiri.. ain selalu kalah dengan perasaan  malu bila terasa atau `perasan` orang mula mmengata pasal kita.. macam biasalah fit rah manusia sentiasa  rasa dia betul.. macam tu juga sikap ain.. ain bukan tak boleh terima salah sendiri, tapi selagi tak ada bukti, ain susah nak terima, sebab hanya ain tahu apa yang ain rasa.. apa yang alami apatah lagi bila ain yang judge orang.. mungkin sudah hilang perasaan ----.. tak tahu nak cakap macamana.. tapi perasaan yang baik seperti  sangat berharga.. dan sangat ain perlukan.. sebab hilangnya sikap tu , selalu membuatkan ain malukan diri sendiri di hadapan orang, ain sendiri yang menyebabkan orang pandang buruk pasal ain, ain sendiri yang buat orang mengata pasal ain.. dan bila ian bersikap seperti itu, itu bukan ain.. dan bila ain fikir orang akan pandang buruk pada bukan sikap ain yang ain sendiri tak suka ..perasaan dia sangat sakit.. huh.. ain tak tahu nak buat macamana nak tenangkan hati ain.. haha tapi dia da rasa lega sedikit bila dah dapat luahkan .. walau hanya dapat luahkan dari jari ain tapi its work! sekurang- kurangnya ain dapat hilangkan apa yang ain rasa..


tadi ain dan aidil bergaduh dihadapan orang.. dan saya sangat tak suka macamtu.. lebih- lebih lagi orang akan sentiasa pandang perempuan yang teruk! dan itu fitrah! walau ain memang teruk. tapi ada sebab , ada benda yang ain terasa , ada diorang tahu apa yang ain rasa?? ain sangat tak suka.. orang mesti akan cakap.. ish ain tu,,,,bla, bla,, ain tu hari tu kan...bla..bla.. argh!! tak suka! sebab tu kadang-kadang hidup sorang tanpa kawan , tanpa apa mungkin itu je yang lain untuk ain..  tak perlu fikir apa yang orang kata pasal ain.. sedangkan masa zaman sekarang adalah masa untuk kita create imej kita... kalau ain gagal create imej ain .. mesti ain akan lebih menyakitkan hati ain sendiri! ain gagal..tentang itu.. sedangkan ain nak jadi pemimpin satu hari nanti .. macamana nak jadi seorang yang berjaya kalai imej ain teruk ain tak suka..huh... kla nak study far! dah lega ..thanks my diary.. because selalu ada bersama ain walau macamana keadaan ain susah dan senang ain.. bial ain sedih , nangis , marah , sakit dan sekarang bila keadaan ain rasa ain sangat teruk =.=


To Be Your Best Self 


The good you find in others, is in you too. 
The faults you find in others, are your faults as well. 
After all, to recognize something you must know it. 
The possibilities you see in others, are possible for you as well. 
The beauty you see around you, is your beauty. 
The world around you is a reflection, a mirror showing you the person you are. 
To change your world, you must change yourself. 



To blame and complain will only make matters worse. 
Whatever you care about, is your responsibility. 
What you see in others, shows you yourself. 
See the best in others, and you will be your best. 
Give to others, and you give to yourself. 
Appreciate beauty, and you will be beautiful. 
Admire creativity, and you will be creative. 



Love, and you will be loved. 



Seek to understand, and you will be understood. 
Listen, and your voice will be heard. 
Show your best face to the mirror, and you'll be happy with the face looking back at you. 

hari ini..


muka baru bangun tidor ..


saya sangat sayang dia..

aidil nak exam..

huh.. aiil yang nak exam yang ain rasa tak sedap..ain yang takut.. hari ni kesihatan lagi teruk berbanding sblum..ni.. hari ni nak jalan pun ain rasa tak daya... pagi tadi start pukul 5 pagi ain muntah je.. ain tak tahu napa.. badan ain da rasa sangat kosong tak de isi pun..  tapi ain tak lapar  .. tapi ain gagahkan diri juga untuk pergibrary sebab ain rindukan dia.. lagipun takkan aidil gi exam tak makan plak.... tapi sedikit kecewa la..sebab kami tak de duit ..so, tak leh makan pun.. kami minum air je kesian sayang saya.. huhu...kla tak de mood nak taip sekarang ain kat library..;) muah sayang yayang.. gudluck exam cinta.. ain sentiasa doakan kamu.. ain berharap kita berjaya ..ain nak tapi ain tak mampu ain rasa exam kali ni ain tak mampu ..ain sakit.. tak daya .. ;)


hey its me

ain sakit..

tak mau tulis banyak nak bagitau kat aidil yang ain sayang tu....
gud luck for tomorrow paper yayang..
ain sentiasa doakan kejayaan sayang..
ain dah makan ubat.. dan sekarang ain da mabuk..
ain rindu sangat yayang..
dan ain mintak maaf ain terpaksa curi masa yayang ajak pergi klinik.. ain tak tahan sakit sangat..
maaf.. sedangkan esok yayang exam kot huh..
maaf 2,3 hari ni ain kurang beri perhatian kepada yayang..
erm.. dear, my readers..huh..
2,3 hari ni ain sakit.. 
rupanya tadi ain check ..
dr kate, rahim ain bengkak..
2,3 hari ni ain x banyak cakap,
ain tak study,
ain kurang makan.. (owh boleh kurus..)
banyak ubat ain kena makan...



welk ubat yang tak cedap lansung!!!




ni plak pic b4 sakit.. happy jew.. sayang awak!!!
AIRIZA AIDIL milik `AINUL FATHIYYAH.. 
 InsyaAllah..amminn



aidil saya..

saya ada aidil,
aidil saya sangat sayang saya,
aidil saya sangat hargai saya,
aidil saya sangat cintakan saya..
aidil saya sentiasa belajar terima siapa saya..
saya sangat sayangkan dia Ya Allah
tetapi..
kenapa saya, 
bukanke ramai lagi yang layak untuk dia,??
Ya Allah, 
kalau aidil saya memang untuk saya, 
perliharalah hati kami Ya Allah,
sebab.....
 saya tak mahu hubungan saya dan aidil saya yang suci
 tidak dalam keredhaanmu Ya Allah..
tidak menjadi sesuci cinta Adam dan hawa kerana tanpa kerberkatanmu Ya Allah,
permudahkanlah kami Ya Allah,
Jauhilah kami dari segala kesulitan Ya Allah,
Kau pimpinlah kami ke jalan yang benar Ya Allah,
sesungguhnya Ya Allah, saya ingin bersama aidil saya didunia dan diakhirat Ya Allah
saya tidak mahu aidil saya tidak tenteram didunia ini kerana saya Ya Allah..
saya tak sanggup melihat aidil saya dihukum di neraka sana kerana saya Ya Allah,

kerana 
Ainul, sangat sayang Aidil dia..


Wesak day...

hoho today, wesak day! happy wesak day!! (haha ade orang wish wesak day macam tu tak??)
hahah 
Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha.
biasanya,penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha,yang dilambangkan oleh simbol-simbol Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata (relik Buddha). Para penganut juga akan melafazkan semula Tisarana(Tiga Perlindungan: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha. Perlindungan, dalam pengertian ajaran Buddha merujuk kepada perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi.

untuk pengetahuan lanjut.. hari wesak..

hahah terutama untuk si aidil tu ade ke patut dia kata hari wesak untuk orang sabah dan sarawak punyer perayaan hahah ..oitt pakcik kesayangan ku..kamu da berumur 21 tahun da kowt,,, di bumi Malaysia ini.. hahah


lego..

hari ni punyer cerita tentang kami, kami berjumpa jam 11 pagi.. macam biasa rutin kami.. pukul 11 pagi.. ge dek, ge dek , naik kereta kami bergerak dan berhenti dkg 3 untuk mengambil air.. pastu ain drive untk ke library.. aidil bertanya ; " hari ni hari apa? knapa x de org kat uum ni? tgk parking tu.. tak de orang kerja ke hari ni?"

ain: " erm hari ni selasa, ntah.. tak tau.." kami pun  lalu depan library.. " owh ok library pun nak tutup??" 
argh!! start la kan ..mulut ain duk bebel sangat tak suka library tutp..ni UNIVERSITI kowt..tempay blaja.. takkan library tutup..huh... kami pun teruskan perjalanan ..makan di subaid... macam biasa.. hari-hari makan di subaid..
pas makan, kami decide nak study kat cafe eon..hukhuk ramai giler org..;(
kami pun pergi mall.. then berjalan kaki ke pkp.. pun ramai org...
dengan bangganya kami buat kerja bangang hakhak.. nopla ianya tak dipanggil kerja bangang.. its call exercise dalam hujan hakhak..
kami berjalan kaki ke library..
ramai org kat luar lib.. aidil plak demand owh.. tak suka duk atas lantai susah nak menulis katanya..
kami pun decide nak study kat cob.. tapi tak plak g cob..
sebab ada jer orang study kat lego kami pun duk di situ till petang pukul 6 petang.. 
.. hakhak kami yang sengal owh...











aidil yang sentiasa control bila nak bergambar! hakhak.. muah...
sayang kamu deyh..bangat!!

kehidupan ain part 1

kehidupan ain..kehidupan menjadi ainul fathiyyah binti abdul fatta.. Ainul Fathiyyah.. nama penuh saya.. sempena nama mak , jainul rafiah binti mohamed yunus, so ainul=jainul, nama ayah saya plak abdul fatta bin abdul hamid, Rafiah=Fathiyyah = Fatta AF= Ainul fathiyyah dan Abdul Fatta, huhu hebatkan mak dan ayah saya, saya dilahirkan pada 11 december 1990,jam 11 pagi, bertempat di Hospital Besar Pekan,Pahang. Mengikut cerita mak, mak saya berkahwin dengan ayah, pada 21.february.1990 hehe.. tu lagi hebat..haha sebulan je kosong terus dapat ain yang lagi hebatnya.. mak dan ayah saya berkahwin bukan atas dasar cinta tau.. ayah suka kat mak, terus masuk meminang da mak saya tak dapat sambung blajar.. '' mak selalu cakap: lau ayah tak masuk meminang mak, mak da jadi doktor tau, waktu tu lau ayah datang ngorat mak, mak cucuk je punggung ayah ngan jarum paling besar" hahaha.. mak waktu umur 22 tahun, dan ayah saya 31 tahun.. huh.. mak ni mesti muda-muda dulu mak selalu nyanyi kat dapur kan, sebab tu mak dapat kawin dengan lelaki tua..hahaha

Adik-adik... erm saya ada 4 orang adik semua nya besar-besar belaka.. 
`Ainul Fathiyyah. 21 tahun
`Ainal Fikri = abangah. 19 tahun
`Ainul Farhani= kakde. 17 tahun
`Ainal Fadli = dekli. 16 tahun
`Ainul Farihah..= adik. 11 tahun

abangah dia seorang yang sangat pemanas.. haha tapi kitorang adik beradik semua pemanas.. kalau orang luar tengok selalu anggap kitorang adik beradik teruk sangat.. sebab, kitorang selalu gaduh.. tapi tu waktu muda - muda dulu je.. bila sekarang kami sangat saling memerlukan.. kalau tidak, takkan lah walau abangah da besar macam tu pun, bila kitorg nak berpisah kami mesti menangis..huh..sayangnyer saya pada adik-adik saya.. berbalik kepada abangah.. dia ni, pas spm  dia da tak mau blajar.. tapi dia masuk ikm .. ambil aliran memasak. dia sangat hebat dalam di dapur sebab tu skarang dia cam tondram hahah sangat sayang dia..dan dia yang cari pendapatan tuk keluarga kami..selama mak dan ayah sakit sekarang..

kakde.. huhu dalam adik beradik kami.. dia ni paling ganas, paling brutal.. dan paling susah nak nampak dia nangis.. hati kering la katakan..dia aliran sains tgh spm tahun ni.. tapi kalau dia marah dia mesti akan menangis.. tapi dia jugak manja sgt, sangat mudah nak buat dia lembut hati.. tapi dia takkn tunjuk .. walaupun kami jarang saling bercerita atau bercakap..sebab dia lagi rapat dengan abangah tapi.. tiap kali birthday ain.. dia tak pernah lupa .. dari dulu da.. ada je hadiah yang dia selalu bagi kat ain.. ain pun sayang sangat kat dia..

Dekli napa dia dipanggil dekli.. sebab kami ingat dia yang bongsu... sampailah bila da 5 thun cuba ubah nama dia jadi abgteh tapi dia sendiri bahasa kan dia dekli..chumel an.. dekli ni sampai dia form 3 tau tidor dengan ain.. hahha.. walau dia tidor atas lantas dan ain atas katil.. tapi dia sgt manja.. tiap kali balik.. ade je cerita dia.. sket2 je.. akak, dekli an.. akak aritu dekli nila dekli tu la.. haha dia sangat byk cakap.. dan suka bercerita.. bercita-cita tinggi sekarang dia ambil aliran akaun, katanya nak gi Al-Azhar..InsyaAllah amiin...sayang kamu dekli...

Adik erm.. dia ni sangat unik.. ;) huh Ya Allah.. nanti akan datang ain cerita da banyak masa abesh kat library 3 jam tapi tak buat apa2 pun lagi...tak de mood.. now ain nak start tolong doakan ain ye...

artikel di fb..

Saya sayang awak.. Tapi betul ke saya sayang awak?? Awak sayang saya ke?? Kalau sayang, nape awak pegang tangan saya?? Awak nak tengok rambut saya, nak hug saya, nak saya pakai seksi2.. Memang la awak tak kasi boy lain tengok saya pakai seksi.. Tapi awak tak halal lagi untuk saya kan?? Awak sayang saya ke kalau saya kasi semua tu kat awak??


Saya sayang awak..Betul..Tak tipu..Tapi sayang ke kalau bila dengan awak, saya lalai?? Saya lupa kat Dia yang dah cipta saya, yang kasi saya perasaan cinta kat awak.. Saya lupa solat, saya lupa dosa.. Saya lupa Tuhan..Takut la...

Betul awak..Saya sayang awak.. Tapi saya takut.. Takut sangat nak sayang awak.. Awak baik, selalu solat awal.. Tapi nape bila dengan saya awak lupa solat?? Masa kuar, kita lalu je depan masjid.. Tak pernah stop.. Tapi kat tempat takde orang, kita stop. Beratus duit awak habis untuk saya kan?? Saya hargai sangat.. Saya tau awak sayang saya..Tapi nape awak tak simpan duit tu dulu..Kot2 ada jodoh, boleh kita kawen.. Awak... Saya takut.. Takut sangat.. Takut bila ingat pe yang kita dah buat.. Saya nak awak jadi halal utk saya.. Tapi tak boleh la sekarang.. Macam mana awak nak tanggung saya..Kita blaja lagi..Saya nak hidup dengan awak..Saya nak awak jadi imam saya.. Nak sangat share everything dengan awak.. Saya nak jadi kekasih halal awak..Tapi betul ke cara kita wak?? Saya takut laaaa...

Awak..Saya nak hidup dengan awak forever kat heaven.. Tapi layak ke kita gi heaven kalau kita camni??Macam mana kalau tiba2 Dia panggil kita pergi.. Tak kisah la saya dulu, awak dulu atau dua2 skali.. Boleh ke kita gi heaven kalau Dia panggil kita skarang?? Kalau la Dia tanya apa yang saya dah buat dengan awak, apa saya nak jawab nanti.. Saya maluuuuuuuuuuu sangat kat Dia..

Awak.. Lama saya fikir.. Saya fikir pasal kita.. Betul saya sayang awak.. Tapi, sampai bila kita nak camni??Awak.. Saya dah fikir lama... Lepas ni, kalau saya xmesej awak, xnak jumpa awak, xnak call awak, awak jangan salah faham tau.. Saya buat camtu sebab saya sayang awak sangat2.. Awak.. Saya nak forever kat syurga dengan awak.. Dulu saya sedih sebab kita jauh.. Tapi skarang, saya bersyukur sangat..Tuhan sayang kita.. Kalau dekat, awak boleh agak kan pe kita buat nanti??

Saya xtau camne nak bagitau awak..Saya nak jaga hati awak.. Tapi awak sedar tak sebenarnya saya dah kotorkan hati awak.. Saya suka goda awak dengan manja saya, dengan body saya.. Saya suka buat awak cair dgn saya.. Jahatnya saya.. Awak saya banyak dosa.. Awak nak ke terima org macam saya jadi wife awak?? Awak.. Saya nak bersihkan diri saya sebelum jadi yang halal buat awak.. Saya nak jadi the best wife.. Baru la awak xpandang orang lain dah.. Saya xnak susahkan awak dengan saya yang macam ni.. Awak.. Saya nak jadi bidadari awak.. Bukan kat dunia je.. Tp kat heaven gak.. Saya nak jadi bidadari awak yang forever..

Awak.. Saya tahu saya xbaik.... Banyak sangat kekurangan dan xlayak nak tegur salah awak.. Tapi saya sayang awak.. Apa kita buat, bukan ada org tahu pun... Sape lagi nak tegur awak kalau bukan saya?? Saya pun nak awak jadi suami yang boleh pimpin saya ke syurga.. Tak nak ke?? Takkan la awak sayang saya untuk hepi2 kat dunia ni je.. Awak xnak ke pilih saya jadi bidadari awak kat syurga nanti?? Awak.. Tolong la... Saya xnak dah jumpa awak.. Tapi mungkin saya lalai gak nanti.. Syaitan selalu ada dengan saya.. Suka je dia kalau saya keluar dengan awak, goda awak.. Awak.. Tolong la ingat kan saya gak bila saya lupa. Tolong ek.. Saya lemah sangat..Saya nak jadi kuat.. Kuat untuk awak.. Untuk hidup dgn awak.

Saya sayang awak.. Camne kalau tiba2 Dia panggil kita before kita sempat bertaubat..Takutnye saya..Awak xtakut ke?? Camne kita nak pergi syurga?? Camne saya nak jadi bidadari awak?? Saya nak sangat cinta ni kerana Dia..tapi dengan apa kita dah buat, layak ke kita letak nama Dia dalam cinta kita?? Malu sangat kat Dia..Awak..Saya nak berubah..Untuk diri saya gak, untuk parents saya.. Tapi, kalau saya berubah, awak still terima saya lagi kan?? Saya nak berubah pun sebab nak jadi the best untuk awak.. Untuk babies kita nanti.. Nak jadi mom yang the best..Huhu. Tinggi betul cita2 saya.. Saya pun nak kita jadi pasangan yang educated.. Nak sama2 berjaya.. Tapi educated yang taat padaNya la.. Mesti bahagia kan.. Kita ingat Dia, Dia pun ingat kita, so, boleh la Dia jaga kita nanti..

Awak, kalau la saya pergi dulu,saya nak tunggu awak kat syurga tau.. Awak doakan la saya biar boleh masok syurga.. Saya nak jadi bidadari yang tunggu awak..n there, i'll be yours forever... Tapi, kalau awak pergi dulu?? Iye..Saya sedih.. Tapi saya pun akan doakan awak.. InsyaAllah..Nanti awak tunggu la saya kat syurga k?? Mesti ramai bidadari tunggu awak kat sana.. Tapi, simpan la 1 tempat untuk saya k?? Saya nak jadi bidadari awak..

Awak.. Maafkan saya kalau ape yg saya buat dan bagitau ni mengguris hati awak.. Saya buat camni sebab saya sayang awak.. Saya xtau camne nak bagitau awak.. Sebab tu saya taip kt sini.. Maaf sebab saya post kat sini.. Bukan nak bukak keburukan sendiri.. At least mereka yang baca ni boleh jadikan kisah ni sebagai panduan.. Ramai kat luar sana kapel dan buat macam2.. Saya takot nak post kat awak.. Tapi saya harap awak tergerak hati nak baca ni k.. Awak.. Dah nak subuh la.. Kejap lagi mesti Dia panggil saya.. Ingat tau..SAYA SAYANG AWAK ETERNALLY N INFINITY.. n saya tunggu awak jemput saya sebagai yg halal utk awak nanti k. <--- nukilan : fb huh..

saya suka tengok dia

tadi ain online tetiba terjumpa kata-kata ini sangat buat ain tersentuh..owh.. untungnya ya Allah...sidia..;)


Saya suka tengok jari awek saya... Cantik betul... Sungguh! Sampai takut nak pegang... Bukan takut patah... Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other di padang Mahsyar, depan yang maha Esa...

Saya suka tengok rambut awek saya... Cantik betul... Sungguh! Sebab tu saya belikan tudung... Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak.... Tapi takut nanti terbakar dek api neraka.
Saya suka tengok body awek saya... Cantik betul... Sungguh! Sebab tu saya belikan dia telekong. Supaya mase dia jumpa dengan Kekasih dia Yang Utama, dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya. Saya pun tumpang dapat pahala. Pergh syoknye...
Saya sedih tengok awek saya. Tak tido, tak makan rindu kat saya... Saya pun macam tu jugak, ada problem yang sama.. Dia tanya apa ubatnya? Saya pun bagi dia Quran untuk penenang jiwa... Semoga lebih cintakan Nya dari saya...
Saya sedih tengok awek saya selalu pesan macam-macam kat saya... "Makan, minum, drive elok-elok tau.. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla" katanya... Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu. Dia tak kata satu apa pun... Berdosanye saya....
Kesimpulannya saya memang sayang dia... Nak jumpa dia selamanya... Di dunia dan akhirat terutamanya. Janji nak kongsi syurga sama-sama... Bahagia selamanya... Semoga kami saling mengingati, Dosa sendiri pun infiniti... Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni... Semoga kami menginsafi diri... Ya Allah ampunkanlah kami.... Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...

:)

epi birthdey k.nad

Happy birthdey to you..
happy bithday to you.. happy bitday to k.nad..
Happy birthday to you..


Selamat hari jadi kak nad yang yang ke- 23 ea? kalau tak silap.. 
semoga akak di murahkan rezeki
 di panjang kan umurnya, bukan dipanjang org nya,(hodoh bebenor nanti)
haha
biar dia maintain chumel seperti kini dan selamanya..ammiinn
dan hidup sentiasa diberkati olehnya..
now 5.3o pagi ain tak boleh tidur...
hehehe miss u sis..
n.. tidak ketinggalan semoga berkekalan dengan Abg Jim
sehingga ke anak cucu hehe InsyaAllah...ammiinn
MMuuuaaaAAhhh...

pic yang di curi oleh fb kakak hehe ..
katanya... haha
AKAK NAK HADIAH APE yer...erm.. longan ok? haha

sy x mkn sume ni...sy mkn buah longan tu jew......(muke suci)
Added 6 hours ago ·  · 




Wayang


2 hari lepas kami tengok wayang cerita ini.. sebab apa sebab kami sangat tension.. tension?? huhu tension la kot duit tak de.. cik bri tak pulang lagi haish.. sedyh .. dengan fikirkan paper work tak settle lagi.. blaja tak masuk lagi.. final da nak dekat sangat.. kami pun pergi la tengok cerita seru ni.. tak sampai 20 minit kami keluar.. haha penin owh no.. im really hate this movie... statement aidil--->
"ain awak buat saya serik tengok cerita hantu melayu" 
hahah aidil keluar je masuk kerta terus baring nak 15 minit kemudian..
"uwek," haha aidil muntah.. ciannya yayang ain..mmmuaahh

tapi before kami masuk wayang kami makan kat gerai.. tepi jalan.. dalam hujan renyai2..
pastu kami pergi minum di cafe dekat luar panggung tu..hehe
sambil.. main puzzle..owh.. susah nak siapkan puzzle tu..
kami beli seletep takut ia pecah lagi..
hehe tugas menyeletepkan benda alah tu adalah ..aidil..hehe..


tengok sayang saya tengahh main puzzle 
waktu ni di tepi tasik..
hehe sayang sangat dia..
mmmuuaahh..




politik UUM owh..

Ini dia punca Rebat Cukai Tanah UUM ditolak K'jaan Negeri
Mengapa permohonan rebat cukai tanah UUM ditolak K'jaan Negeri?
Oleh: ZULKIFLI YAHAYA


BULETIN UTAMA TV3 cuba memanipulasi isu penolakan rebat cukai tanah yang dipohon UUM.


Pihak UUM sebelum ini telah merayu kerajaan negeri Kedah memberikan rebat cukai tanah sehingga mereka hanya perlu membayar RM100 ribu sahaja seperti yang dinikmati pada 2006-2008, berbanding RM1.74 juta nilai cukai tanah sebenar. UUM meminta kadar semurah itu untuk tempoh lima tahun lagi.


Cukai tanah bagi tahun 2011 sepatutnya perlu dijelaskan segera untuk mengelak dari didenda. Tarikh akhirnya ialah 1 Jun 2011.


Antara alasan yang dikemukakan UUM dalam rayuannya untuk mendapatkan rebat ialah UUM bukan institusi pengajian tinggi yang berorientasikan keuntungan. Benarkah langsung tidak berorientasikan keuntungan? Tahun lalu UUM mengumumkan keuntungan bagi syarikat-syarikat di bawah IPTA itu adalah sebanyak RM80 juta. Semua keuntungan itu dibuat di atas tanah yang dikategorikan untuk IPTA, bukan tanah premis perniagaan. Apa salahnya gunakan keuntungan besar yang ‘tidak disengajakan’ itu untuk menjelaskan cukai.


Satu lagi alasan yang diberikan ialah keluasan tanah UUM adalah 1,104.3 hektar tetapi hanya 57% dari keluasan tanah tersebut atau 627.8 hektar sahaja yang dibangunkan. Orang kampung yang mengusahakan sawah padi tetap perlu membayar cukai tanah meskipun pada tahun tertentu sawah mereka dilanda banjir, mereka tidak pernah menggunakan hujah ‘ala UUM’ untuk meminta rebat cukai.


Kadar cukai tanah yang dikenakan ke atas UUM ialah RM0.20 bagi satu meter persegi, bermakna jumlah keseluruhan ialah RM1,744,357.00. Bagaimanapun berlaku pengambilan sejumlah kecil tanah UUM iaitu 3119.3662 meter persegi menyebabkan taksiran cukai berkurang menjadi RM1,743,735.00.


Kadar RM0.20 bagi satu meter persegi adalah kadar cukai tanah mengikut semakanhasil tanah pada 2005 yang menjadikan cukai tanah UUM sebanyak RM1,743,735.00. Cukai tersebut tidak dikira mengikut rebat cukai yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2008 iaitu pada kadar RM0.30 bagi satu meter persegi. Jika rebat tersebut diikuti maka cukai tanah yang baru bagi UUM ialah RM2,615,602.00!


Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah dilaporkan tidak bersetuju terhadap rebat oleh UUM itu kerana ia boleh dijadikan ‘precedent case’ atau kes duluan untuk dijadikan rujukan. Hasil yang diperolehi oleh kerajaan negeri Kedah dari tanah-tanah milik Persekutuan di negeri ialah RM31 juta setahun.


Jika UUM diberikan rebat, bayangkan jika semua jabatan Persekutuan tersebut, khususnya IPTA membuat rayuan terhadap kerajaan negeri menggunakan alasan yang sama yang digunakan UUM; maka ia meletakkan kerajaan negeri dalam dilema kerana tidak adil dalam melayan pembayar cukai tanah. UiTM Merbok dikenakan cukai RM0.55 untuk satu meter persegi, lebih sekali ganda dari yang ditanggung UUM. Bagaimana jika UiTM Merbok turut meminta rebat, kerana alasan mereka lebih kuat untuk meminta rebat?


Sepanjang tiga tahun memberi rebat pada UUM (2006-2009) kerajaan negeri telah kehilangan hasil sebanyak RM4,933,071.00. Sekiranya permohonan untuk mendapat jumlah rebat yang sama dipanjangkan lagi selama lima tahun maka negeri akan kehilangan hasil sebanyak RM8,218,675.00. Jumlah tersebut adalah terlalu besar untuk bukan sebuah negeri maju macam Kedah.


Jika pihak UUM masing ‘membuat bising’ kononnya kadar cukai tanah RM0.20 satu meter persegi yang dikenakan terlalu tinggi sehingga tidak mampu dibayar, maka eloknya kita meneliti kadar cukai tanah yang dikenakan terhadap IPTA di negeri lain sebagai rujukan.


USM Pulau Pinang dikenakan cukai RM2.58 bagi setiap meter persegi, Universiti Malaysia Perlis (UNIMEPS) RM0.50 satu meter persegi, IPTA di negeri Selangor RM0.39 untuk satu meter persegi. Manakala semua premis milik Pusat seperti sekolah, balai polis, hospital dan lain-lain yang didaftarkan di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan maka kadar untuk satu meter persegi ialah RM0.55. Semua premis tersebut tidak sibuk meminta rebat, UUM pula yang tiba-tiba menjadi Universiti Uzur Malaysia yang perlu diberi rebat.


Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khaled Nordin mengeluarkan kenyataan yang berpihak kepada UUM. Cakapnya ‘double standard’ kerana dia tidak mengulas hal yang sama bagi UNIMEPS atau mana-mana IPTA yang terletak di negeri-negeri ditadbir BN. Sepatutnya negeri BN menjadi contoh dalam memberi rebat ‘gila-gila’ itu kepada semua IPTA yang terdapat di negeri masing-masing, tapi ia tidak berlaku.


Di Kedah, di mana sahaja ceramah politik BN diadakan maka isu cukai tanah UUM menjadi isu wajib untuk diulas. Ini menunjukkan bahawa permohonan rebat oleh UUM terhadap kerajaan negeri bukan ikhlas demi pembangunan pendidikan tetapi lebih menjurus kepada provokasi politik.


Apabila nanti kerajaan negeri menolak maka bolehlah jentera propaganda mereka menjelaskan kepada seluruh rakyat jelata bahawa kerajaan negeri menindas institusi pengajian tinggi. Jika itulah maksud yang tersirat dari apa yang tersurat, maka ‘eloklah’ mereka meneruskan niat busuk tersebut.


Soalan politik yang mereka ajukan kepada kerajaan negeri sekarang ialah; jika masa BN dulu mereka boleh beri rebat, mengapa sekarang tidak?
Jawapannya begini:


1) Mengapa kerajaan negeri Perlis yang diperintah BN kini tidak memberi rebat kepada UNIMEPS yang kadar cukainya jauh lebih tinggi dari UUM? (Jawapan dalam bentuk soalan)


2) Kerajaan negeri dulu hilang hasil dari RM4,933,071.00 akibat pemberian rebat, tetapi perbelanjaan pengurusan negeri terutamanya dalam bidang kebajikan rakyat banyak diambil alih oleh Pusat akibat kelemahan kerajaan negeri pada masa itu. Sekarang kerajaan perlu berdikari kerana bantuan Pusat tidak lagi melalui negeri. Sekalipun Kedah masih dibawah pemerintahan kerajaan BN Pusat kini namun Kedah adalah antara negeri yang dianaktirikan oleh BN Pusat. Ramai dari senarai penerima bantuan E-Kasih ditamatkan bantuan bulanan oleh Pusat sedangkan senarai E-Sinar di bawah negeri terus menerima bantuan.


3) Di samping perlukan dana untuk pembangunan negeri dan kebajikan rakyat, kerajaan negeri kini terpaksa menjelaskan hutang tinggalan BN lalu sebanyak RM2.3 Billion, di mana RM1.83 Billion darinya adalah hutang berkaitan air.


4) Kerajaan kini sangat mementingkan kebajikan rakyat, justeru akan mempastikan setiap sen duit yang menjadi hak rakyat diguna untuk kesejahteraan rakyat. Ini berbeza dengan kerajaan lalu yang lebih mementingkan 'orang kaya' (UUM) dari rakyat yang ramai masih miskin.

  • You and 13 others like this.

    • Abang Fadzli LIKE3!hahahaa
      20 hours ago ·  ·  1 person

    • Mohd Hafiz Abd Radin checkmate,,,suh org yg lantang menyalak tu mai baca sini
      19 hours ago ·  ·  2 people

    • Nora Rahmat alhamdulillah, trima kasih kerana berkongsi :)
      17 hours ago · 

    • Atikah Binti Zaid huhu...supaya kita tahu fakta yang sebenar
      17 hours ago · 

    • Muhammad Afandi hujah yg kuat n bgus...
      17 hours ago · 

    • Atikah Binti Zaid lain kali...kalau ad lg org tanye...kita ad point untuk jawab
      17 hours ago · 

    • Shahiey Laa good....
      10 hours ago · 

    • Norlida Daud like!!!like!!!like!!!
      8 hours ago · 

    • Rizwan Fatihah c.p: mmgla btol sume 2..tp laula yuran naik nt korg gak yang bising2..pas2 ckp mpp xwat keje sume...hahahhaa
      8 hours ago · 

    • Liyana Lei double triple like like like
      7 hours ago · 

    • SaYa AMri Like gak...ala...baziaq ayaq liuq je bising kat mpp...pemanas kerusi...lalalala
      5 hours ago ·