My Independent Day

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah kami da melangkah ke first step pada 31 Ogos 2013. Erm, banyak halangan untuk menjayakan majlis ni, tu la, x pernah ada pengalaman bertunang pulak... X pe Ain anggap saje tu semua dugaan.. Tapi pulangan dia berbaloi-baloi.. haha 
My engagement berjalan lancar! Alhamdulillah !

So, kesabaran adalah penawar yang paling mujarab.... I da jadi fiancee Airiza Aidil!



29 Ogos 2013.. Ain sampai pekan dalam pukul 1 pagi, abangah ambil.. Oh my God! sangat-sangat terkejut! 
Sebab apa? Pelamin da ade terpacak kat dalam rumah .. Tiba-tiba rasa berdebar sangat.. macam tak percaya pun ada.. Ini semua aku punya ke? Alamak... its too.... speechless haha
Goodies bag segala, bilik Ain pun langsir baru tau... 
Terima kasih MAK dan MAK- PAK SAUDARAKU! 


Abangah and the geng cuci pinggan..
ayah punya sayang cadar katil tu hahah

30 Ogos 2013. Pagi-pagi rumah sudah dibanjiri geng-geng mak. Haduih da macam kenduri kawin pun ada.. datang pakat-pakat nak masak lauk macam-macam .. menu diorg sendiri yang pakat nak buat apa.. haha
So Menu nya ialah laksa pahang, nasi putih, nasi minyak, ikan patin masak tempoyak, opor daging, labu masak lemak, daging kurma dan ikan masin dan ulam segala of coursela ada kan. Desert plak, puding dan agar-agar, karipap sardin dan karipap ikan, dan buah tembikai je.. Kat bawah suasana 30 Ogos 2013..
Adek Li bermula bertugas














31 Ogos 2013 ... Merdeka! heee pagi tu nervous sangat.. bangun pagi tolong mak buat agar-agar .. kemas-kemas sket, Aidil call , mereka baru selesai doa selamat, pukul 8 pagi mereka bertolak. 
Pukul 10 pagi: baru mandi heee, then mak cik dan cik ila, masuk make up.. Mak de belah ayah plak bagi tips macam-macam supaya tak nervous pak-pak saudara duk layan tetamu yang datang, mak ngan ayah pun busy.. Jab-jab mak intai, senyum-senyum heee 
12 tengah hari, diorang sampai mak-mak saudara n cousin yang muda-muda pi sambut hantaran dari belah lelaki.. Then I dengar la diorg berdiscuss.. kadang-kadang berselang seli kan dengan tawa-tawa.
 Bila dengar mereka bermadah untuk memetik segala nama `Ainul Fathiyyah disebut beberapa kali.. jantung rasa nak terkeluar. However, ada one part yang buat rasa tersentuh, bila perjanjian dibuat dari kedua-dua belah, iaitu

"Apabila Aidil dan Ainul sudah tidak serasi, sehaluan, atau salah seorang mempunyai kekasih atau pilihan yang lain, maka, hendaklah kita putuskan dengan baik iaitu, bila si gadis yang mempunyai pilihan yang lain , hendaklah pihak perempuan pulangkan cicin merisik dan tunang kepada pihak lelaki, dan jika sebaliknya, cicin adalah milik pihak perempuan" 

Then Alhamdulillah perbincangan berbincang dengan lancar, sepanjang tu dengan orang ramai bergelak ketawa dan sahabat baik ain jadi pengapit ain, Di akhiri dengan doa yang dibaca oleh Adikku Ainal Fadli, tapi ada part kelakar tau..

Bila mereka da nak habis tu, mak saudara ain ada bagi signal suruh berdiri tepi pintu, untuk standby keluar tapi punya la nervous ain terus nak keluar , terus mak cik ain tu pesan sabar jgn gelojoh orang nak baca doa dulu la! hahahaha


This is a part of Airiza Aidil family, diorang datang dengan 6 biji kereta dari Kuala Lumpur, sebab ibu tunang saya tu memang dilahirkan dan kampung pun KL.



Diakhiri dengan doa dari Adek Li

Bakal bapa mertua saya

 Ayah ambil gambar ayah hahah